Saturday, January 23, 2016

Microsoft Lumia

Huggggeee step taken! 

Bukan senang. Susah nak justify ni. Not a good time tho. Argh apa benda ko buat ni. Last year (dah setahun pending!) when my iPhone failed on me-tetiba crash and lost everything especially  pictures, all gone!- almost nak beli Lumia mid-range dah. About 2 years ago I decided my next phone cannot be androids (never was a fan). And apple kalau harga melampau rip-off; true enough, dengan spec up sikit (I mean just a cosmetic makeover) they overcharged. Don't get me wrong iOS to me still up there. Blackberry not that convincing; case closed.

Then what? I've heard (and read) that time Microsoft is about to launch their own flagship-not to be associated with Nokia. Tinggu punya tunggu.. Tadaaa! Lumia 950. Kenapa bukan 950XL re: rip-off.

Ringgit not helping either.

It's up to me to make the most of it. So tak guna la menyalak kat sini (bajet ada haters) cons of Microsoft devices sebab semua dalam poket gua beb. Instagram beta? Tak sampai 2 jam pegang dah 2 post dalam account (huh) more than 2 minggu lepas punya post.

Fun part? Learning new OS. Tiles. Beauty of HD. Desktop friendly. Windows 10. Ok kira justify lah kan! :) 



Thursday, January 21, 2016

Malas Nak Explain

Siapa ada pe'el seperti di atas, kita geng! Bukan something yang nak bangga pun, sekadar sifat yang termaktub dan bersebati dalam diri. Boleh ubah dengan usaha dan ikhtiar. Tapi sejajar dengan penibgkatan usia, benarlah bagai dikata, hendak melentur buluh biar dari rebungnya (ada orang buat betul ke?).

Nak explain kenapa malas nak explain pun kau dah malas. To me, everyone is man enough to understand stuff. Which is not true. Ada masa dan tempat kena explain dan kadang-kadang guna je common sense. 

Right before ending of university's life, most of my friends plan to further their career in education line which means becoming a lecturer or teacher. I feel so kesian to my future-non existent students that I decided not to pursue the same. And I'm ok with that. Speaking of U, dulu ada one time one of the lecturer ni tanya opinion on something, aku punya la explain tapi dia reject cakap salah. Bila dia rephrase balik, exactly apa yang aku dah explain sebelum tu. I was like whaaaaattt... Itulah kisahnya. Keep lah your opinion to yourself- until online social media born (!) and booming.

Guess I am not a good explainer and most of the time I will be misinterpreted. 


Monday, January 18, 2016

Temerloh & Kuantan

2016 secara umumnya bermula dengan suram jika bersandarkan keadaan ekonomi semasa semata-mata. Maka kenalah creative sikit. Rancang perjalanan domestik! 

So over the weekend, we decided to go to east coast, Pahang Darul Bauksit. I am so pissed to observe the aftermath, mind you it just a friction of it. Anyway 3 main objectives are to visit a family, attend a wedding and meet friends. So much to-do-tick-person I am, glad all are covered. Sort of mission accomplished. Clap. Clap. Clap.

Good catch up with old friends even though it was a short session. Perhaps for the next visit kena puasa seminggu and spend more that 1N so barulah boleh enjoy Kuantan food fest.

Chop, chop! ManUtd menang 1-0 kat Anfield :) [fake smile]

Tuesday, January 12, 2016

Reminder

Yesterday while playing with Amni she giggled (a lot!). My happiness is like that 

Monday, January 11, 2016

Being Famous (for FREE)

Another life changing experience. Saja nak repost; mainly because it reappears in FB 'on this day'. For the whole journey experience you can just read from previous post (in 2011). Ok, article ni memang best, menggambarkan seluruh pengalaman hampir tepat. Bila isteri kau review nothing can go wrong kan. We actually wrote bit longer but yeah the editor did his job lah, cut something a bit, add important message and all that. 

Famous sangat ke? Mula-mula melayang jugak, lama-lama lebih kepada commercial vehicle for them je sebenarnya -which is fair to them. Masuk newspaper, blog, tv (cerita je, bukan aku), magazine and so on (padahal itu aje). Dia dah bagi kau free flight ticket, hotel free (nasib Tune hotel tak commissioned lagi time tu), VIP seating, before/ half time/ after meal- not bad lah. 

The rest korang zoom in la article ni #janganmalas. Sadly QPR relegated, promoted and relegated again since then (dan tiada penampakan nak naik liga 😓).


Saturday, January 9, 2016

New Year, New Me

Hello world. It's weird to wish happy new year when you are going to 2nd week of January already. Ah, pedulikan. Blog sendiri kot. 

Seakan mendapat suntikan (botox) baru, rasa nak blog balik. Di kala semua orang rakus dengan social media di alam maya yang lebih in; baca: bersepah budak-budak baru nak up. Sekilas pandangan baru sahaja menjeling bilangan post yang lalu; 2008 tahun yang gemilang, namun ibarat trend harga minyak semasa, bilangan post jatuh merudum. Kehambaran blog ini memang dijangkakan. Namun 2016 bakal menjadi medan kebangkitan! Ni dah tahap azam la kiranya ya. Alah, janganlah berkira sangat.. Support ajelah yok! 

First revival blog ni berkisarkan keazaman anak muda menceburi bidang larian- hidup kesepian di pulau Borneo. Cuba sedikit sebanyak mengupas permasalahan semasa, perkembangan sukan bola sepak (it's the opposite for ManUtd actually) dan kisah pengembaraan meneroka dunia. Ada ke patut 2013 takde post langsung. Hmm

Untuk berlaku adil, marilah catatkan sesuatu untuk tatapan masa depan. Best juga menyelusuri ruang waktu lampau. Boleh la Nur Amni jadikan rujukan macam mana la behavior abahnya di alam maya. Be a good girl ok sayang. *Mmmuahciked*

Sebenarnya baru upgrade Unifi, setelah berkali-kali di called. Untunglah promoter tu dapat komisyen. Baiklah untuk penulisan akan datang, senarai topik seperti berikut (tidak mengikut sequence):-

Perangai supervisor di kaunter (fast food, restaurant etc.)
Kenapa 2016 kena kurangkan FIFA
Survival di Labuan & lesson learnt (dah banyak rant dalam Twitter, hahaha)
Kehidupan di kota metropolitan: realiti & sangkaan
Umur 30an. Jadinya kenapa? 
Hal ehwal semasa-Pentingkah pendapat kau?
Gadget & teknologi- bila kau nak ada duit beli semua 
Travel: yang tersurat & tersirat serta hutang yang berselirat (jika berkenaan)
Siri bercakap dengan Jin. 

Ok, nampak sangat dah merapu. Teruskan berharap kelangsungan blog ini!

Amni, this is not you. Source: Internet