Saturday, April 1, 2017

Grab Share

This story worth a post.

Nak dijadikan cerita semalam 31/3/2017, Jumaat LRT RapidKL decided to make KL people life more interesting- ada slowdown or breakdown. Senang cerita lama gila nak tunggu tren jalan. Macam biasa Uber atau Grab akan jadi back up. Tapi surcharge kapitalis habis la. Untuk menang secara psychology aku guna la Grab Share.

Request accepted, tunggu dekat Avenue K- you will be sharing ride on this trip. Next passenger kena pick up dekat Ampang Park. Dah sampai driver call dia ni cakap tunggu depan 7E/ McD tapi dia ada kat Citi Bank. 5min juga tunggu sambil driver dok mengomel rugi masa dia, aku pun join sekaki tambah garam tah takkan taktau tunggu tempat request kot. Sebelah tu pun ada kereta buat uber/ grab. Ada datang mamat India ni tanya-tanya tapi obviously dia tak boleh ambil. Driver aku, "Biar dia, kita tengok je". Sampai kereta kitorang dia dok pusing-pusing kereta tengok cari kepastian. Depan, belakang check no plat. Aku dalam hati "Dude, ko dah lambat buat kelakar apa lagi pusing kereta?!"

Driver dah tak sabar, turun kan cermin kereta "Alo, awak nak pergi mana, Grab kan?"

"Iya", sambil belek apps dia nak bagitau details. Dah sah betul memang dia, masuk kereta. Driver, "Saya dah call cakap tunggu sini, awak tak nampak ke?"

"Saya OKU".... Boom! "Tak nampak sangat".
"Berapa tambang bang? Oh. RM20..ok" Aku assumed dia bayar cash.

Time tu aku rasa takde benda lain lagi significant. Kau tau pikir kau je kan. Dalam kekeduan tu ada persamaan sentap antara aku dengan driver. Sobs. Untuk hilang awkward aku make a conversation la.

Student, belajar kat Banting- meatronik. Nak jumpa kawan kat Taman Melati, sambung pergi Ipoh. Haishh almost ninja cutting onion moment la.

The struggle yang tak semua orang boleh faham apatah lagi menanggung.. Semoga semuanya baik-baik bro!






No comments: